Tuesday, November 29, 2011

KUNCI KEJAYAAN DLM MENCARI KEBAHAGIAAN


Kehidupan ini terlalu singkat untuk kita terlalu menumpukan kepentingan diri dan terlalu sibuk mengikut kecenderungan hawa nafsu. Hidup ini juga terlalu singkat untuk kita menjalaninya demi meraih keuntungan yang sementara dan demi memuaskan nafsu yang tercela.
Jadikanlah hidup ini kerana Allah, nescaya kamu akan dapati hidup ini terlalu indah. Jadikan segala yang kamu lakukan dalam kehidupan adalah kerana Tuhan, nescaya kamu akan merasai hidup ini hanyalah suatu perjalanan menuju sebuah kehidupan yang lebih membahagiakan.
Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekelilingmu. Apa yang kamu ingin lakukan kamu akan ukur redha manusia atau kebencian mereka, Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh pendustaan.
Setinggi mana usaha kamu untuk membuatkan seluruh manusia redha kepadamu, nescaya pasti ada yang tidak berpuas hati dengan segala tindakanmu. Kamu tidak akan dapat membuat seluruh manusia berpuas hati dengnmu. Bahkan, tujuan hidupmu bukan untuk itu. Manusia tidak pernah menentukan tempat kesudahanmu di akhirat kelak.
Jalanilah kehidupan ini kerana Allah. itulah tujuan kamu dihidupkan di bumi ini. Lakukanlah apa yang kamu lakukan dalam kehidupam kerana Allah. Jadikanlah ukuran hidupmu hanya redha Allah. Tumpukanlah perhatianmu terhadap pandangan dan radha Allah. Oleh yang demikian, hatimu mudah terarah dalam menjalani kehidupan ini.

Peringatan buat diriku dan dirimu....

Thursday, November 17, 2011

PENGORBANANMU KU HARGAI...

Bisakah sekeping hati melakukan pengorbanan pada sesuatu yang tidak pasti?
Pasti jawapannya tidak...
Begitulah hati yang dimiliki oleh insan yang bernama Nabi..
Yakin bahawa pasti ada sesuatu di sebalik pengorbanan..
Mereka bukan mengharap balasan tapi keredhaan yang didamba..
Tidak bertanya kenapa dan mengapa..
tetapi taat tanpa bicara..
hanya airmata melakar kata dijiwa..
Pengorbanan itu diganti dengan sesuatu peristiwa..





'PENGORBANAN' YANG DILAKUKAN DI KAMPUNGKU.
marang, Terengganu.

renungan buat diriku dan dirimu

Wednesday, November 16, 2011

SEMOGA ALLAH MERAHMATIMU.....

Milik siapakah hati ini? jika bukan milikMu?
bila hati BULAT hanya untukMu..
maka perjalanan ini menjadi mudah dan terarah
tidak mudah mengeluh dan bertanya kenapa dan mengapa..
hanya perlu menelan dengan keredhaan..
maka Dia juga akan redha untuk kita...
kerana hanya itu kunci syurgawi yang kekal abadi...

Buat diriku dan dirimu.....

Tuesday, November 15, 2011

MENYINGKAP TABIR BAHAGIA....

Kehidupan ini ibarat suatu perjalanan. Ia bermula tanpa pernah dipinta dan ianya berakhir dengan tanpa diduga. Siapa sahaja yang hidup, pasti akan menemui kematian. Ini menunjukkan kepada kita bahawanya, kehidupan ini sememangnya suatu perjalanan yang ada permulaan baginya dan akan berakhir jua suatu hari nanti.
Namun disebalik sebuah perjalanan yang bernama kehidupan ini, ada sebuah pengertian yang perlu dihayati dan sebuah matlamat hakiki yang perlu dilaksanakan. Seseorang yang hidup tanpa mengenal erti kehidupan yang sebenar dan menjalani kehidupan tanpa melaksanakan matlamat hakiki kehidupannya, dan lebih malang lagi, dia akan menanggung penyesalan yang kekal setelah kematiannya.
Orang yang hidup tanpa memahami hakikat sebenar kehidupannya, pasti akan terseksa dalam menanggung onak dan duri dalam kehidupan ini dan jiwanya pasti akan merasa kekosongan. Dia hidup dalam sebuah kehidupan yang penuh kepalsuan dan kesamaran, serta dia akan mati dalam sebuah kematian yang penuh dengan penyesalan.
Para pujangga membuat perumpamaan, dimana seseorang yang hidup tanpa tujuan bagaikan seseorang yang singgah di sebuah lapangan terbang lalu duduk di sana tanpa sebarang tujuan, sekadar melihat orang-orang yang sibuk menguruskan urusan penerbangan mereka.
Justeru, orang-orang yang melihatnya, yang sedang sibuk menguruskan penerbangan mereka, sememangnya singgah ke lapangan terbang dengan penuh harapan dan makna kerana mempunyai tujuan, pasti akan rasa kekosongan, kesunyian dan kerugian, walaupun di tengah-tengah kesibukan manusia.
Dalam hidup ini, matlamat hidup merupakan suatu intipati yang amat penting. Seseorang yang hidup tanpa tujuan, bukan sahaja akan merasa kekosongan dan kesamaran bahkan terus merasa rugi dengan usia dirinya sendiri. Demi sesebuah kehidupan yang bahagia, seseorang perlu mempunyai sebuah matlmat di sebalik kehidupannya, agar dia tahu apa yang dia perlu lakukan dalam hidup ini dan tidak mati dalam keadaaan yang sia-sia.

Peringatan buat diriku, dirimu dan dirinya.....

Friday, October 28, 2011

6 SIFAT

6 SIFAT Sahabat Rasulullah saw, jika kita amalkan insyaallah berjaya DUNIA dan AKHIRAT....

1) YAKIN dengan kalimah lailahaillallah
2) Solat khusyuk dan khuduk
3) Ilmu dan Zikir
4) Ikram muslimin
5) ikhlas niat
6)Dakwah dan mujahadah di jalan Allah

Fikirkanlah....
amalkanlah........

Tuesday, October 21, 2008

REFLEKSI ACCESS

RUSLINA BINTI NORDIN, A121799

Tugasan yang seterusnya ialah kami perlu menyiapkan maklumat tentang pelajar iaitu Peribadi, Kurikulum dan Kokurikulum..

Langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah:

  • Open Microsoft Access dan klik pada BLANK DATABASE.
  • Taip “MAKLUMAT PELAJAR” pada ruangan FILE NAME. Kemudian klik DATABASE yang disebelah file name tadi.
  • Maka, akan keluar paparan New File Database..klik OK untuk menyimpan fail tersebut.
  • Kemudian klik CREAT untuk memasukkan maklumat didalam TABLE pertama iaitu tentang PERIBADI pelajar.
  • Klik double klik pada Add New Field. Kemudian taip Nama, selepas itu, klik pada petak disebelahnya dan tulis Alamat. Ulangi langkah yang sama untuk taip Nama Bapa, Nama Ibu, Pendapatan dan No.Tel. Setelah siap, right klik pada Table1 dan klik Save. Taip PERIBADI pada TABLE NAME.
  • Kemudian, Table yang kedua ialah KURIKULUM. untuk open table baru, klik CREAT dan pilih TABLE.
  • Dalam Table2 ini, double klik pada Add New Field. Kemudian taip mata pelajaran, contohnya BM. Ulangi langkah yang sama juga untuk mata pelajaran BI, MAT, SAINS, AGAMA dan ARAB. Kemudian, right klik pada Table2 dan klik Save. Taip KURIKULUM pada TABLE NAME.
  • Kemudian, table yang ketiga pula tentang KOKURIKULUM, untuk open table baru, klik CREAT dan pilih TABLE.
  • Dalam Table3 ini, double klik pada Add New Field. Kemudian taip KELAB PERTAMA, KELAB KEDUA, PERSATUAN, SUKAN. Kemudian, right klik pada Table3 dan klik Save. Taip KOKURIKULUM pada TABLE NAME.
  • Kemudian, kami perlu membuat RELATIONSHIP..Klik pada DATABASE TOOLS dan pilih Relationship. Klik add untuk KOKURIKULUM, kemudian add dan klik untuk KURIKULUM, add dan pilih untuk PERIBADI. Kemudian OK.
  • Selepas itu, tarik ID dalam kotak KOKURIKULUM untuk disambungkan dengan ID dalam kotak KURIKULUM serta ID dalam kotak KURIKULUM ditarik untuk disambungkan dengan ID dalam kotak PERIBADI. Kemudian klik CREATE.
  • Tugas yang seterusnya ialah mencipta borang untuk maklumat pelajar seramai 5 orang. Pergi kepada CREATE dan pilih MORE FORM. Pada bahagian MORE FORM pilih FORM WIZARD..
  • Pada bahagian AVAILABLE FIELD, untuk PERIBADI, pindahkan semua maklumat ke kanan dengan klik yang 2 >>. Untuk KURIKULUM pula, tidak perlu pindahkan ID, tetapi pindahkan semua maklumat lain. Begitu juga pada bahagian KOKURIKULUM, pindahkan semua maklumat ke kanan kecuali ID. Kemudian klik NEXT, pilih COLUMNAR, klik NEXT, pilih ACCESS 2007, klik NEXT, kemudian pada bahagian tajuk, taip BORANG PELAJAR dan klik FINISH.
  • Paparan borang akan keluar, borang tersebut hendaklah diisi dengan lengkap untuk 5 orang pelajar. Setelah siap borang pertama tadi, klik pada New (Blank) Record untuk isi borang kedua, begitu juga untuk borang yang seterusnya.
  • Seterusnya, kami dikehendaki membuat Pertanyaan. Langkah yang pertama ialah pergi pada CREATE dan pilih QUERY WIZARD, kemudian pilih SIMPLE QUERY WIZARD dan klik OK.
  • Pilih table Peribadi. Kemudian pindahkan ID, NAMA dan PENDAPATAN ke kanan.Klik NEXT dan pada bahagian TITLE, taip Pertanyaan pendapatan kurang daripada 1600. Kemudian klik FINISH. Maka, akan dipaparkan nama pelajar. Kemudian right klik pada bahagian Pertanyaan, pilih Design View.
  • Pada bahagian CRITERIA, klik pada bawah pendapatan dan taip <=1600.. kemudian OK. Maka akan keluar nama pelajar yang hanya pendapatan ibubapa mereka yang kurang daripada RM 1600.
  • Untuk pertanyaan KURIKULUM, Kemudian pindahkan ID, NAMA dan BM ke kanan.Klik NEXT dan pada bahagian TITLE, taip Pertanyaan markah bm kurang daripada 70. Kemudian klik FINISH. Maka, akan dipaparkan nama pelajar. Kemudian right klik pada bahagian Pertanyaan, pilih Design View.
  • Pada bahagian CRITERIA, klik pada bawah BM dan taip “<=70.. kemudian OK. Maka akan keluar nama pelajar yang hanya memperolehi markah kurang daripada 70.
  • Untuk pertanyaan KOKURIKULUM, Kemudian pindahkan ID, NAMA dan SUKAN ke kanan.Klik NEXT dan pada bahagian TITLE, taip Pertanyaan sukan bola jaring. Kemudian klik FINISH. Maka, akan dipaparkan nama pelajar. Kemudian right klik pada bahagian Pertanyaan, pilih Design View.
  • Pada bahagian CRITERIA, klik pada bawah sukan dan taip bola jaring. kemudian OK. Maka akan keluar nama pelajar yang hanya terlibat dengan bola jaring dalam sukan.
  • Tugasan akhir ialah membuat Laporan hasil dari pertanyaan tadi. Pergi pada CREATE dan pilih REPORT WIZARD. Kemudian pilih Query pertanyaan pendapatan dan pindahkan medan ke kanan. Klik NEXT, NEXT dan pilih LANDSCAPE. Klik ok dan pilih TABULAR, PILIH 2007 dan klik NEXT. Maka, akan keluar laporan untuk nama pelajar yang pendapatan kurang daripada 1600.
  • Begitu juga untuk pertanyaan KURIKULUM dan KOKURIKULUM, ulangi langkah yang sama seperti pertanyaan pada bahagian peribadi tadi. Setelah siap semua laporan , segala tugasan kerja hendaklah di UPLOAD ke Yahoo.group.

REFLEKSI SSPS


RUSLINA BINTI NORDIN, A121799


Tugasan yang seterusnya ialah kami perlu membuat Soal Selidik mengenai subjek Komputer Dalam Pendidikan..Pertamanya kami perlu membuat borang soal selidik dan edarkan kepada rakan-rakan seramai 25 orang..Borang soal selidik ditaip dalam Microsof Word mengandungi 5 soalan berkaitan subjek komputer dan 3 soalan berkaitan latar belakang responden. Setelah borang soal selidik telah siap diisi oleh responden, kami perlu mengira data hasil dari soal selidik yang dijalankan. Pengiraan data ini hendaklah dibuat melalui SSPS.


Langkah-langkah untuk memasukkan data




  • Klik pada bahagian Variable View


  • Klik pada bahagian Name dan dibawahnya hendaklah ditaip Program, Tahun, Jantina, Soalan1, Soalan 2, Soalan 3, Soalan 4, Soalan 5.


  • Pada bahagian Type pula, semua perkara tadi hendaklah ditaip Numerin


  • Bahagian Width, semua perkara ditaip dengan nombor 8.


  • Bahagian Decimals, pada semua perkara ditaip dengan nombor 0.


  • Bahagian Label, semua dibiarkan kosong.


  • Bahagian Values, klik pada 3titik, kemudian pada ruangan Value, taip 1, manakala pada value label taip ‘Pendidikan Islam’..kemudian klik Add dan klik OK..Taip pula 2 pada bahagian value tadi, dan pada Value Label taip ‘Pendidikan Khas’. Taip 3 pula untuk ‘Pendidikan Khas’ dengan cara yang sama.


  • Ulangi langkah yang sama pada bahagian value untuk masukkan data untuk TAHUN, JANTINA, SOALAN1, SOALAN2, SOALAN3, SOALAN4 dan SOALAN5.


  • Bahagian Missing, klik pada Discreate Missing Value. Taip nombor 6..kemudian copy dan paste untuk soalan yang yang lain dengan nombor 6.


  • Bahagian Colums, semua perkara ditaip dengan nombor 8.


  • Bahagian Align, semua perkara ditaip CENTER.


  • Bahagian Measure pula, untuk PROGRAM, perlu dipilih NOMINAL, TAHUN pilih ORDINAL, JANTINA pilih NOMINAL dan pada kelima-lima soalan tadi dipilih SCALE..


  • Setelah siap pada bahagian Variable View, klik pula pada bahagian DATA VIEW untuk memasukkan data yang telah diperolehi dari kajian.


  • Pada bahagian DATA VIEW, masukkan bilangan maklumat yang telah diperolehi dari hasil kajian untuk 25 orang.Setelah siap memasukkan semua data, klik pada bahagian ANALYSE. Pilih DESCRIPTIVE dan kemudian pilih FREQUENCIES. Semua data tersebut dipindahkan kekanan dan klik Display. Kemudian klik CHART Dan klik OK. Kemudian akan keluar paparan Carta Pie hasil dari data yang telah dimasukkan tadi.


Tugas terakhir dalam bahagian ini ialah menyiapkan Laporan data yang dibuat tadi dalam Microsof Word..laporan tersebut hendaklah dibuat dengan copy jadual dan carta pie dari ACCESS dan paste dalam Microsof Word. Semua tugasan tersebut mestilah di Upload File dalam Yahoo.group.