Monday, January 28, 2013

TERIMA KASIH KANDAKU DUNIA AKHIRAT...

SMS Cinta Untuk DindaKu

Dinda,
Siapapun dalam hidup ini pasti pernah merasai pelbagai 'rasa' dalam hidup ini.
'Rasa hidup' itu yang pelbagai. Dan memang begitu.
Ada yang manis dan kadang kala terlalu manis.
Ada yang pahit dan kadangkala terlalu pahit.
Ada yang kelat dan kadangkala terlalu kelat.
Ada yang masam dan kadangkala terlalu masam.
Ada yang payau dan kadangkala terlalu payau.
Dindaku,
Antara yang manis dan terlalu manis, pahit dan terlalu pahit, kelat dan terlalu kelat, masam dan terlalu masam, payau dan terlalu payau serta pelbagai rasa lagi itu, kemamlah ia semampumu, selama mana jua pun. Dan jangan lupa, pejamlah matamu lama-lama sambil tidak putus-putus bermohon kekuatan dariNya. Agar diberi kekuatan untuk kau kemam segala rasa yang sedang ditakdirkan untuk mu.
Moga rasa yang manis dan terlalu manis terus kekal tanpa perlu engkau mengemamnya terlalu lama. Telanlah terus tanpa menunggu manisnya hilang.
Dan semoga segala rasa yang engkau 'tidak suka' itu akan hilang jua walau berapa lama pun masa yang engkau gunaka untuk 'mengemamkannya', supaya selepas itu engkau mampu menelannya dengan penuh sabar dan redha.
Dindaku,
Hidup ini tidak pernah mudah. Dan kanda pun sama-sama sedang bertatih mengemam segala rasa yang tidak kanda sukai. Tapi ingatlah, kadangkala Allah datangkan segala macam itu untuk membawa kita pulang kepadaNya. Bukankah kita manusia yang bersifat nasiya.
Mungkin banyak benda yang kita 'tidak inginkan', tapi Allah takdirkan itulah sepatutnya untuk kita buat masa ini.
Dindaku,
Bukan mudah untuk menerima kenyataan ini. Kanda tuliskan untuk memujuk hati sendiri dan tentunya untuk dinda juga. Dan moga dengan itu Allah berikan kekuatan untuk kita sama-sama melaluinya.
Dindaku,
Sebagai penutup sms pagi ini...apa kata selepas ini boleh tak kita sama-sama berhenti bertanya..kenapa...kenapa...dan kenapa..tetapi marilah sama-sama teruskan beramal. Lakukan yang wajib, tambahi dengan segala yang sunat.
Yang wajib itu modal dan yang sunat itu keuntungannya. Insyaallah.
Maaf, kanda bukanlah orang yang paling layak untuk berkata-kata. Namun sama-samalah kita terus bermujahadah.
Jika langit akan runtuh, mana mungkin kita sebatang jari ini mampu untuk menahannya.
Maafkan kanda, dindaku.

Friday, July 27, 2012

RAMADHAN....

Teringat ketika zaman kanak-kanak dulu, bila nak tibanya bulan ramadhan mesti seronok, bukan seronok nak puasa tapi seronok nak raya selepas itu..setelah bersusah payah menahan segalaya, maka dapatlah diraikan dengan hari yang meriah. begitulah dengan kehidupan ini mahu melalui yang indah, kena melalui yang susah dahulu.....Tapi ramadhan kali ini amat berbeza dengan ramadhan yang 2 tahun lepas dan tahun ini...tak sanggup untuk melafazkan....tapi aku tahu Allah lebih mengetahui akan hambaNya kerana DIA yang mengatur untuk hambanya...ketika dulu-dulu, setiap kali tibanya ramadhan aku tidak pernah melepaskan peluang untuk bertahajud dan memohon kepada ALLAH segala hajatku sedangkan ketika itu aku belum kenal erti kehidupan yang sebenar..mungkin ketika itu hati masih suci, maka mudahlah untuk bangun malamm..jarang-jarang aku yak bangun kerana tidak terjaga..aku tidak pernah menggunakan 'alarm clock' untuk bangun tahajud, tapi apabila tibanya jam 2.30 pagi, dengan sendirinya mataku akan terbuka dan terus bangkit dari tidur.....rindu nak bermunajat pada ALLAH..walhal ketika itu masih mentah dan tahu berseronok shaja. tapi kini, masa terus berlalu dan berlalu...terlalu banyak perkara yang berlaku dengan sekelip mata, hebatnya dugaanMu..tetapi mengapa semakin ku faham kehidupan ini semakin sukar untuk bertahajud, sukar nak tinggalkan tempat tidur, kepenatan seolah-olah menguasai diri. aku tak tahu apakah yang telah menguasai diriku, syaitan manakah yang mengganggu hidupku dan hatiku sehingga begitu sukar nak bermunajat manghadap pencipta di tangah malam yang sunyi..aku rindu suasana ketika itu...ketika dulu-dulu..tapi semua itu takkan datang kembali kalau kita sendiri yang taknak berubah,,taknak melawan nafsu dan melawan hasutan syaitan...Ramadhan ini ku mengharapkan sesuatu..setiap kali lepas solat, sama ada sunat atau fardu, aku hanya mendoakan perkara yang sama sahaja seolah-olah tak ada benda lain dah nak doa...aku mengulang benda yang sama dengan harapan, Allah akan pandang doa hambaNya yang hina ini, walaupun aku tak layak, tapi mana tahu dengan kekerapan doaku maka Allah tunaikan....aminnnnnn.tiada lagi yang ku harapkan dalam hidup ini melainkan mati dalam iman sehingga nafas yang terakhir....

Saturday, January 21, 2012

Mengapa RASULULLAH SAW tidak pernah sakit

Tiada contoh terbaik melainkan Insan Yang Diciptakan dalam Keadaan Paling terbaik..Keindahan pada dirinya menjadi suatu persoalan yang sering bemain diminda saya..namun,akhirnya persoalan saya telah terjawab...rupa-rupanya Cara Hidup baginda dalam kehidupan seharian menjadikan baginda seorang yang sihat dan tidak pernah ditimpa sakit..maka, kita sebagai umatnya, tiada cara lain untuk kekal sihat, melainkan dengan HIDUP BERAMALKAN SUNNAH BAGINDA..INSYAALLAH BERJAYA..walaunpn mungkin sesuatu itu dianggap remeh oleh manusia yang memandang, tapi hikmah disebalik perbuatan baginda ada manfaatnya..contoh yang paling mudah dapat saya nyatakan ialah mempunyai janggut..seorang doktor perubatan yang mencari bukti mengapa Rasulullah tidak pernah sakit berkata...hikmat disebalik mempnyai janggut bagi lelaki ialah dapat mengelakkan kanser tekak dan penyakit tonser...banyak lagi yang ingin saya kongsikan selepas ini...

Peringatan buat diriku dan dirimu..

Sunday, January 15, 2012

USUL FIQH DALAM PENDIDIKAN- subjek paling diminati...

1. PENGERTIAN QIYAS

Dari segi bahasa (Arab) qiyas bermaksud ukuran, mengetahui ukuran sesuatu, membandingkan atau menyamakan sesuatu dengan yang lain. Dalam ilmu usul fiqh bermaksud hukum agama yang telah tetap atas suatu benda atau perkara, lalu diberikannya kepada suatu benda atau perkara lain yang dianggap sebabnya atau sifatnya sama dengan hukum syarak.

Manakala, Qiyas dari sudut syarak adalah perbandingan di antara suatu hukum dalam perkara yang baru wujud dengan perkara yang telah ada hukumnya sebelumnya di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Ia adalah proses Ijtihad berasaskan analogi daripada ayat Al-Quran dan Sunnah atau perintah yang telah diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum suatu perkara baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi illat, sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.

Qiyas menurut bahasa Arab bererti menyamakan, membandingkan atau mengukur, seperti menyamakan si A dengan si B, karena kedua orang itu mempunyai tinggi yang sama, bentuk tubuh yang sama, wajah yang sama dan sebagainya. Qiyas juga bererti mengukur, seperti mengukur tanah dengan meter atau alat pengukur yang lain. Demikian pula membandingkan sesuatu dengan yang lain dengan mencari persamaan-persamaannya.

2. RUKUN QIYAS

Ada empat rukun qiyas, iaitu:

  1. Ashal, yang bererti pokok, iaitu suatu peristiwa yang telah ditetapkan hukumnya berdasar nas. Ashal disebut juga maqis 'alaih (yang menjadi ukuran) atau musyabbah bih (tempat menyerupakan), atau mahmul 'alaih (tempat membandingkan).
  2. Fara' yang bererti cabang, iaitu suatu peristiwa yang belum ditetapkan hukumnya karena tidak ada nas yang dapat dijadikan sebagai dasar. Fara' disebut juga maqis (yang diukur) atau musyabbah (yang diserupakan) atau mahmul (yang dibandingkan).
  3. Hukum ashal, iaitu hukum dari ashal yang telah ditetapkan berdasar nas dan hukum itu pula yang akan ditetapkan pada fara' seandainya ada persamaan 'illatnya.
  4. 'IIIat, iaitu suatu sifat yang ada pada ashal dan sifat itu yang dicari pada fara'. Seandainya sifat ada pula pada fara', maka persamaan sifat itu menjadi dasar untuk menetapkan hukum fara' sama dengan hukum ashal.

3. CONTOH QIAS

Sebagai contoh adalah menjual harta anak yatim adalah suatu peristiwa yang perlu ditetapkan hukumnya kerana tidak ada nas yang dapat dijadikan sebagai dasarnya. Peristiwa ini disebut fara'. Untuk menetapkan hukumnya dicari suatu peristiwa yang lain yang telah ditetapkan hukumnya berdasar nas yang illatnya sama dengan peristiwa pertama. Peristiwa kedua ini memakan harta anak yatim yang disebut ashal. Peristiwa kedua ini telah ditetapkan hukumnya berdasar nash iaitu haram (hukum ashal) berdasarkan firman Allah SWT:

http://www.cybermq.com/gambarpustaka/30-2.gif

Ertinya:

"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)." (an-Nisâ': 10)

Persamaan 'illat antara kedua peristiwa ini, ialah sama-sama akibat berkurang atau habisnya harta anak yatim. Kerana itu ditetapkanlah hukum menjual harta anak yatim sama dengan memakan harta anak yatim yaitu sama-sama haram.

Dari keterangan di atas dapat disimpulkan sebagai berikut:

  • Ashal, ialah memakan harta anak yatim.
  • Fara', ialah menjual harta anak yatim.
  • Hukum ashal, ialah haram.
  • 'Illat, ialah mengurangi atau menghabiskan harta anak yatim.

4. SYARAT-SYARAT QIYAS

Telah diterangkan rukun-rukun qiyas. Tiap-tiap rukun itu mempunyai syarat-syarat sebagai berikut:

a. Ashal dan fara'

Telah diterangkan bahwa ashal dan fara' berupa kejadian atau peristiwa. Yang pertama mempunyai dasar nash, kerana itu telah ditetapkan hukumnya, sedangkan yang kedua tidak mempunyai dasar nash, sehingga belum ditetapkan hukumnya. Oleh sebab itu ashal disyaratkan berupa peristiwa atau kejadian yang telah ditetapkan hukumnya berdasar nash, sedang fara' berupa peristiwa yang belum ditetapkan hukumnya kerana tidak ada nash yang dapat dijadikan dasarnya. Hal ini bererti bahawa seandainya terjadi qiyas, kemudian dikemukakan nash yang dapat dijadikan sebagai dasarnya, maka qiyas itu batal dan hukum fara' itu ditetapkan berdasar nash yang baru ditemui itu.

b. Hukum ashal

Ada beberapa syarat yang diperlukan bagi hukum ashal, iaitu:

  1. Hukum ashal itu hendaklah hukum syara' yang amali yang telah ditetapkan hukumnya berdasarkan nash. Hal ini diperlukan kerana yang akan ditetapkan itu adalah hukum syara', sedang sandaran hukum syara' itu adalah nash. Atas dasar yang demikian, maka jumhur ulama tidak berpendapat bahwa ijma' tidak boleh menjadi sandaran qiyas. Mereka menyatakan bahawa hukum yang ditetapkan berdasarkan ijma' adalah hukum yang ditetapkan berdasarkan kesepakatan, tidak mempunyai sandaran, selain dari kesepakatan dari mujtahid. Kerana hukum yang ditetapkan secara ijma' tidak dapat diketahui dengan pasti, sehingga tidak mungkin mengqiyaskan hukum syara' yang amali kepada hukum yang mujma' 'alaih. Asy-Syaukani membolehkan ijma' sebagai sandaran qiyas.
  2. 'Illat hukum ashal itu adalah 'illat yang dapat dicapai oleh akal. Jika 'illat hukum ashal itu tidak dapat dicapai oleh akal, tidaklah mungkin hukum ashal itu digunakan untuk menetapkan hukum pada peristiwa atau kejadian yang lain (fara') secara qiyas. Sebagaimana diketahui bahawa syari'at itu ditetapkan untuk kemaslahatan manusia, serta berdasarkan 'illat-'illat yang ada padanya. Tidak ada hukum yang ditetapkan tanpa 'illat. Hanya saja ada 'illat yang sukar diketahui bahkan ada yang sampai tidak diketahui oleh manusia, seperti apa illat solat Zuhur ditetapkan empat raka'at, apa pula 'illat solat Maghrib ditetapkan tiga raka'at dan sebagainya tidak ada yang mengetahui 'illatnya dengan pasti. Disamping itu ada pula hukum yang 'illatnya dapat diketahui dengan mudah, seperti kenapa diharamkan meminum khamar, haram mengambil harta orang lain dan sebagainya. Hukum ashal kedua inilah yang dapat dijadikan sandaran qiyas.
  3. Hukum ashal itu mestilah tidak merupakan hukum pengecualian atau hukum yang berlaku khusus untuk satu peristiwa atau kejadian tertentu.

Hukum ashal ini mempunyai dua keadaan, iaitu:

    1. 'Illat hukum itu hanya ada pada hukum ashal saja, tidak mungkin pada yang lain. Seperti dibolehkannya mengqashar shalat bagi orang musafir. 'Illat yang masuk akal dalam hal ini ialah untuk menghilangkan kesukaran atau kesulitan (musyaqqat) Tetapi al-Qur'an dan al-Hadits menerangkan bahwa 'illat itu bukan karena adanya safar (perjalanan).
    2. Dalil (al-Qur'an dan al-Hadits) menunjukkan bahwa hukum ashal itu berlaku khusus tidak berlaku pada kejadian atau peristiwa yang lain. Seperti beristeri lebih dari empat hanya dibolehkan bagi Nabi Muhammad SAW saja dan isteri beliau itu tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain walaupun beliau telah wafat dan sebagainya.

c. 'Illat

'Illat ialah suatu sifat yang ada pada ashal yang sifat itu menjadi dasar untuk menetapkan hukum ashal serta untuk mengetahui hukum pada fara' yang belum ditetapkan hukumnya, seperti menghabiskan harta anak yatim merupakan suatu sifat yang terdapat pada perbuatan memakan harta anak yatim yang menjadi dasar untuk menetapkan haramnya hukum menjual harta anak yatim.

Para ulama sepakat bahawa Allah SWT membentuk hukum dengan tujuan untuk kemaslahatan hamba-hamba-Nya. Kemaslahatan itu adakalanya dalam bentuk mengambil manfaat (jalbul manafi') dan adakalanya dalam bentuk menolak kerosakan dan bahaya (darul mafasid). Kedua macam bentuk hukum itu merupakan tujuan terakhir dari pembentukan hukum yang disebut hikmah hukum.

Hikmah hukum berbeza dengan 'illat hukum. Hikmah hukum merupakan pendorong pembentukan hukum dan sebagai tujuannya yang terakhir ialah untuk kemaslahatan manusia di dunia dan akhirat dengan memperoleh manfaat dan keuntungan serta terhindar dari segala macam kerosakan. 'Illat hukum suatu sifat yang nyata dan pasti ada pada suatu peristiwa yang dijadikan dasar hukum.

'IlIat merupakan sifat dan keadaan yang melekat pada dan mendahului peristiwa/perbuatan hukum yang terjadi dan menjadi sebab hukum, sedangkan hikmah adalah sebab positif dan hasil yang dirasakan kemudian setelah adanya peristiwa hukum. Sebagai contoh ialah seorang musafir boleh mengqashar shalatnya, seperti mengerjakan solat Zuhur yang empat raka'at menjadi dua raka'at dan sebagainya. Hikmahnya ialah untuk menghilangkan kemusyaqqatan atau kemudharatan. Hikmah ini hanya merupakan dugaan saja dan tidak dapat dijadikan dasar ada atau tidaknya hukum, sedang 'illat adalah suatu yang nyata dan pasti, seperti safar (dalam perjalanan) menyebabkan seseorang boleh mengqashar shalat.

Mengenai 'illat hukum dan sebab hukum, ada yang tidak membezakannya, mereka menyamakan erti kedua istilah tersebut. Sebagian ulama lagi membezakannya, sekalipun perbezaan itu sangat sedikit. Menurut mereka 'illat hukum dapat dicapai oleh akal, sedang sebab hukum ada yang dapat dicapai akal dan ada yang sukar dicapai oleh akal. Sebenarnya untuk membezakan pengertian kedua istilah itu sukar dilakukan, kerana ada suatu peristiwa yang dalam peristiwa itu 'illat dan sebabnya sama. Seperti tergelincir matahari pada siang hari merupakan sebab seorang muslim wajib mengerjakan solat Dzuhur, demikian pula terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Sya'ban merupakan sebab kaum muslimin mengerjakan puasa bulan Ramadlan pada keesokan harinya. Tetapi terbenam dan tergelincirnya matahari itu bukanlah 'illat hukum karena kedua sebab itu tidak terjangkau oleh akal. Lain halnya dengan safar (dalam perjalanan) disamping ia merupakan 'illat hukum, juga merupakan sebab hukum yang membolehkannya untuk mengqashar shalat.

Dengan demikian dapat ditetapkan bahwa sebab itu lebih umum dari 'illat, dengan perkataan lain bahwa semua 'illat dapat dikatakan sebab, tetapi belum tentu semua sebab dapat dikatakan 'illat.

1. Syarat-syarat 'illat

Ada empat macam syarat-syarat yang disepakati ulama, iaitu:

  1. Sifat 'illat itu hendaknya nyata, masih terjangkau boleh akal dan pancaindera. Hal ini diperlukan karena 'illat itulah yang menjadi dasar untuk menetapkan hukum pada fara'. Seperti sifat menghabiskan harta anak yatim, terjangkau oleh pancaindera dan akal, bahwa 'illat itu ada pada memakan harta anak yatim (ashal) dan terjangkau pula oleh pancaindera dan akal bahwa 'illat itu ada pada menjual harta anak yatim (fara'). Jika sifat 'illat itu samar-samar, kurang jelas dan masih ragu-ragu, tentulah tidak dapat digunakan untuk menetapkan ada dan tidaknya hukum pada ashal.
  2. Sifat 'illat itu hendaklah pasti, tertentu, terbatas dan dapat dibuktikan bahwa 'illat itu ada pada fara', kerana asas qiyas itu adalah adanya persamaan illat antara ashal dan fara'. Seperti pembunuhan sengaja dilakukan oleh ahli waris terhadap orang yang akan diwarisinya hakikatnya adalah pasti, kerana itu dapat dijadikan dasar qiyas atas peristiwa pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja oleh penerima wasiat terhadap orang yang telah memberi wasiat kepadanya.
  3. 'Illat harus berupa sifat yang sesuai dengan kemungkinan hikmah hukum, dengan erti bahawa keras dugaan bahwa 'illat itu sesuai dengan hikmah hukumnya. Seperti memabukkan adalah hal yang sesuai dengan hukum haram minum khamar, kerana dalam hukum itu terkandung suatu hikmah hukum, iaitu memelihara akal dengan menghindarkan diri dari mabuk. Pembunuhan dengan sengaja adalah sesuai dengan keharusan adanya qishash, kerana dalam qishash itu terkandung suatu hikmah hukum iaitu untuk memelihara kehidupan manusia.
  4. 'Illat itu tidak hanya terdapat pada ashal saja, tetapi haruslah berupa sifat yang dapat pula diterapkan pada masalah-masalah lain selain dari ashal itu. Seperti hukum-hukum yang khusus berlaku bagi Nabi Muhammad SAW tidak dijadikan dasar qiyas. Misalnya mengawini wanita lebih dari empat orang, berupa ketentuan khusus berlaku bagi beliau, tidak berlaku bagi orang lain. Larangan isteri-isteri Rasulullah saw berkawin dengan lelaki lain setelah beliau wafat, sedangkan wanita-wanita lain dibolehkan.

Terlalu sedikit ilmuku jika dibandingkan dengan pepasir dipantai.......

Tuesday, November 29, 2011

KUNCI KEJAYAAN DLM MENCARI KEBAHAGIAAN


Kehidupan ini terlalu singkat untuk kita terlalu menumpukan kepentingan diri dan terlalu sibuk mengikut kecenderungan hawa nafsu. Hidup ini juga terlalu singkat untuk kita menjalaninya demi meraih keuntungan yang sementara dan demi memuaskan nafsu yang tercela.
Jadikanlah hidup ini kerana Allah, nescaya kamu akan dapati hidup ini terlalu indah. Jadikan segala yang kamu lakukan dalam kehidupan adalah kerana Tuhan, nescaya kamu akan merasai hidup ini hanyalah suatu perjalanan menuju sebuah kehidupan yang lebih membahagiakan.
Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekelilingmu. Apa yang kamu ingin lakukan kamu akan ukur redha manusia atau kebencian mereka, Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh pendustaan.
Setinggi mana usaha kamu untuk membuatkan seluruh manusia redha kepadamu, nescaya pasti ada yang tidak berpuas hati dengan segala tindakanmu. Kamu tidak akan dapat membuat seluruh manusia berpuas hati dengnmu. Bahkan, tujuan hidupmu bukan untuk itu. Manusia tidak pernah menentukan tempat kesudahanmu di akhirat kelak.
Jalanilah kehidupan ini kerana Allah. itulah tujuan kamu dihidupkan di bumi ini. Lakukanlah apa yang kamu lakukan dalam kehidupam kerana Allah. Jadikanlah ukuran hidupmu hanya redha Allah. Tumpukanlah perhatianmu terhadap pandangan dan radha Allah. Oleh yang demikian, hatimu mudah terarah dalam menjalani kehidupan ini.

Peringatan buat diriku dan dirimu....

Thursday, November 17, 2011

PENGORBANANMU KU HARGAI...

Bisakah sekeping hati melakukan pengorbanan pada sesuatu yang tidak pasti?
Pasti jawapannya tidak...
Begitulah hati yang dimiliki oleh insan yang bernama Nabi..
Yakin bahawa pasti ada sesuatu di sebalik pengorbanan..
Mereka bukan mengharap balasan tapi keredhaan yang didamba..
Tidak bertanya kenapa dan mengapa..
tetapi taat tanpa bicara..
hanya airmata melakar kata dijiwa..
Pengorbanan itu diganti dengan sesuatu peristiwa..





'PENGORBANAN' YANG DILAKUKAN DI KAMPUNGKU.
marang, Terengganu.

renungan buat diriku dan dirimu

Wednesday, November 16, 2011

SEMOGA ALLAH MERAHMATIMU.....

Milik siapakah hati ini? jika bukan milikMu?
bila hati BULAT hanya untukMu..
maka perjalanan ini menjadi mudah dan terarah
tidak mudah mengeluh dan bertanya kenapa dan mengapa..
hanya perlu menelan dengan keredhaan..
maka Dia juga akan redha untuk kita...
kerana hanya itu kunci syurgawi yang kekal abadi...

Buat diriku dan dirimu.....