Tuesday, October 21, 2008

REFLEKSI ACCESS

RUSLINA BINTI NORDIN, A121799

Tugasan yang seterusnya ialah kami perlu menyiapkan maklumat tentang pelajar iaitu Peribadi, Kurikulum dan Kokurikulum..

Langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah:

  • Open Microsoft Access dan klik pada BLANK DATABASE.
  • Taip “MAKLUMAT PELAJAR” pada ruangan FILE NAME. Kemudian klik DATABASE yang disebelah file name tadi.
  • Maka, akan keluar paparan New File Database..klik OK untuk menyimpan fail tersebut.
  • Kemudian klik CREAT untuk memasukkan maklumat didalam TABLE pertama iaitu tentang PERIBADI pelajar.
  • Klik double klik pada Add New Field. Kemudian taip Nama, selepas itu, klik pada petak disebelahnya dan tulis Alamat. Ulangi langkah yang sama untuk taip Nama Bapa, Nama Ibu, Pendapatan dan No.Tel. Setelah siap, right klik pada Table1 dan klik Save. Taip PERIBADI pada TABLE NAME.
  • Kemudian, Table yang kedua ialah KURIKULUM. untuk open table baru, klik CREAT dan pilih TABLE.
  • Dalam Table2 ini, double klik pada Add New Field. Kemudian taip mata pelajaran, contohnya BM. Ulangi langkah yang sama juga untuk mata pelajaran BI, MAT, SAINS, AGAMA dan ARAB. Kemudian, right klik pada Table2 dan klik Save. Taip KURIKULUM pada TABLE NAME.
  • Kemudian, table yang ketiga pula tentang KOKURIKULUM, untuk open table baru, klik CREAT dan pilih TABLE.
  • Dalam Table3 ini, double klik pada Add New Field. Kemudian taip KELAB PERTAMA, KELAB KEDUA, PERSATUAN, SUKAN. Kemudian, right klik pada Table3 dan klik Save. Taip KOKURIKULUM pada TABLE NAME.
  • Kemudian, kami perlu membuat RELATIONSHIP..Klik pada DATABASE TOOLS dan pilih Relationship. Klik add untuk KOKURIKULUM, kemudian add dan klik untuk KURIKULUM, add dan pilih untuk PERIBADI. Kemudian OK.
  • Selepas itu, tarik ID dalam kotak KOKURIKULUM untuk disambungkan dengan ID dalam kotak KURIKULUM serta ID dalam kotak KURIKULUM ditarik untuk disambungkan dengan ID dalam kotak PERIBADI. Kemudian klik CREATE.
  • Tugas yang seterusnya ialah mencipta borang untuk maklumat pelajar seramai 5 orang. Pergi kepada CREATE dan pilih MORE FORM. Pada bahagian MORE FORM pilih FORM WIZARD..
  • Pada bahagian AVAILABLE FIELD, untuk PERIBADI, pindahkan semua maklumat ke kanan dengan klik yang 2 >>. Untuk KURIKULUM pula, tidak perlu pindahkan ID, tetapi pindahkan semua maklumat lain. Begitu juga pada bahagian KOKURIKULUM, pindahkan semua maklumat ke kanan kecuali ID. Kemudian klik NEXT, pilih COLUMNAR, klik NEXT, pilih ACCESS 2007, klik NEXT, kemudian pada bahagian tajuk, taip BORANG PELAJAR dan klik FINISH.
  • Paparan borang akan keluar, borang tersebut hendaklah diisi dengan lengkap untuk 5 orang pelajar. Setelah siap borang pertama tadi, klik pada New (Blank) Record untuk isi borang kedua, begitu juga untuk borang yang seterusnya.
  • Seterusnya, kami dikehendaki membuat Pertanyaan. Langkah yang pertama ialah pergi pada CREATE dan pilih QUERY WIZARD, kemudian pilih SIMPLE QUERY WIZARD dan klik OK.
  • Pilih table Peribadi. Kemudian pindahkan ID, NAMA dan PENDAPATAN ke kanan.Klik NEXT dan pada bahagian TITLE, taip Pertanyaan pendapatan kurang daripada 1600. Kemudian klik FINISH. Maka, akan dipaparkan nama pelajar. Kemudian right klik pada bahagian Pertanyaan, pilih Design View.
  • Pada bahagian CRITERIA, klik pada bawah pendapatan dan taip <=1600.. kemudian OK. Maka akan keluar nama pelajar yang hanya pendapatan ibubapa mereka yang kurang daripada RM 1600.
  • Untuk pertanyaan KURIKULUM, Kemudian pindahkan ID, NAMA dan BM ke kanan.Klik NEXT dan pada bahagian TITLE, taip Pertanyaan markah bm kurang daripada 70. Kemudian klik FINISH. Maka, akan dipaparkan nama pelajar. Kemudian right klik pada bahagian Pertanyaan, pilih Design View.
  • Pada bahagian CRITERIA, klik pada bawah BM dan taip “<=70.. kemudian OK. Maka akan keluar nama pelajar yang hanya memperolehi markah kurang daripada 70.
  • Untuk pertanyaan KOKURIKULUM, Kemudian pindahkan ID, NAMA dan SUKAN ke kanan.Klik NEXT dan pada bahagian TITLE, taip Pertanyaan sukan bola jaring. Kemudian klik FINISH. Maka, akan dipaparkan nama pelajar. Kemudian right klik pada bahagian Pertanyaan, pilih Design View.
  • Pada bahagian CRITERIA, klik pada bawah sukan dan taip bola jaring. kemudian OK. Maka akan keluar nama pelajar yang hanya terlibat dengan bola jaring dalam sukan.
  • Tugasan akhir ialah membuat Laporan hasil dari pertanyaan tadi. Pergi pada CREATE dan pilih REPORT WIZARD. Kemudian pilih Query pertanyaan pendapatan dan pindahkan medan ke kanan. Klik NEXT, NEXT dan pilih LANDSCAPE. Klik ok dan pilih TABULAR, PILIH 2007 dan klik NEXT. Maka, akan keluar laporan untuk nama pelajar yang pendapatan kurang daripada 1600.
  • Begitu juga untuk pertanyaan KURIKULUM dan KOKURIKULUM, ulangi langkah yang sama seperti pertanyaan pada bahagian peribadi tadi. Setelah siap semua laporan , segala tugasan kerja hendaklah di UPLOAD ke Yahoo.group.

REFLEKSI SSPS


RUSLINA BINTI NORDIN, A121799


Tugasan yang seterusnya ialah kami perlu membuat Soal Selidik mengenai subjek Komputer Dalam Pendidikan..Pertamanya kami perlu membuat borang soal selidik dan edarkan kepada rakan-rakan seramai 25 orang..Borang soal selidik ditaip dalam Microsof Word mengandungi 5 soalan berkaitan subjek komputer dan 3 soalan berkaitan latar belakang responden. Setelah borang soal selidik telah siap diisi oleh responden, kami perlu mengira data hasil dari soal selidik yang dijalankan. Pengiraan data ini hendaklah dibuat melalui SSPS.


Langkah-langkah untuk memasukkan data




  • Klik pada bahagian Variable View


  • Klik pada bahagian Name dan dibawahnya hendaklah ditaip Program, Tahun, Jantina, Soalan1, Soalan 2, Soalan 3, Soalan 4, Soalan 5.


  • Pada bahagian Type pula, semua perkara tadi hendaklah ditaip Numerin


  • Bahagian Width, semua perkara ditaip dengan nombor 8.


  • Bahagian Decimals, pada semua perkara ditaip dengan nombor 0.


  • Bahagian Label, semua dibiarkan kosong.


  • Bahagian Values, klik pada 3titik, kemudian pada ruangan Value, taip 1, manakala pada value label taip ‘Pendidikan Islam’..kemudian klik Add dan klik OK..Taip pula 2 pada bahagian value tadi, dan pada Value Label taip ‘Pendidikan Khas’. Taip 3 pula untuk ‘Pendidikan Khas’ dengan cara yang sama.


  • Ulangi langkah yang sama pada bahagian value untuk masukkan data untuk TAHUN, JANTINA, SOALAN1, SOALAN2, SOALAN3, SOALAN4 dan SOALAN5.


  • Bahagian Missing, klik pada Discreate Missing Value. Taip nombor 6..kemudian copy dan paste untuk soalan yang yang lain dengan nombor 6.


  • Bahagian Colums, semua perkara ditaip dengan nombor 8.


  • Bahagian Align, semua perkara ditaip CENTER.


  • Bahagian Measure pula, untuk PROGRAM, perlu dipilih NOMINAL, TAHUN pilih ORDINAL, JANTINA pilih NOMINAL dan pada kelima-lima soalan tadi dipilih SCALE..


  • Setelah siap pada bahagian Variable View, klik pula pada bahagian DATA VIEW untuk memasukkan data yang telah diperolehi dari kajian.


  • Pada bahagian DATA VIEW, masukkan bilangan maklumat yang telah diperolehi dari hasil kajian untuk 25 orang.Setelah siap memasukkan semua data, klik pada bahagian ANALYSE. Pilih DESCRIPTIVE dan kemudian pilih FREQUENCIES. Semua data tersebut dipindahkan kekanan dan klik Display. Kemudian klik CHART Dan klik OK. Kemudian akan keluar paparan Carta Pie hasil dari data yang telah dimasukkan tadi.


Tugas terakhir dalam bahagian ini ialah menyiapkan Laporan data yang dibuat tadi dalam Microsof Word..laporan tersebut hendaklah dibuat dengan copy jadual dan carta pie dari ACCESS dan paste dalam Microsof Word. Semua tugasan tersebut mestilah di Upload File dalam Yahoo.group.

Wednesday, September 10, 2008

MiCrOsOF eXcEL


Tugasan yang seterusnya kami perlu menyiapkan Microsof Excel. Kami dikehendaki menyediakan Markah Pelajar berserta Gred. Bilangan pelajar ialah seramai 20 orang..First, klik untuk taip Bilangan dahulu,kemudian taip untuk Nama Pelajar seramai 20 orang..Sebelah Nama Pelajar, taip untuk Subjek, contonhya Bahasa Melayu. Sebelah subjek, taip untuk Gred. Sebelah Gred, taip untuk subjek lain pula, seperti sejarah, matematik, bahasa arab dan sebagainya..Di hujung sekali, taip untuk Jumlah. ok, kemudian, pada bahagian subjek, taip markah pelajar yang diperolehi oleh setiap pelajar dalam setiap subjek..Setelah siap mengisi markah, kira untuk Jumlah Markah yang diperolehi dalam semua subjek bagi setiap pelajar..Kemudian, isi Gred pula. Untuk mengisi Gred, kita perlu buat jadual Gred yang ditaip dengan Markah setara dengan Gred. Contohnya, Markah 40 ke bawah, gred E..Setelah siap buat jadual Gred, jadual tersebut mesti Define Name..Caranya ialah, highlightkan dulu jadual Gred. Kemudian pergi kepada Formula, dan klik Define Name..pada bahagian Define Name taip GRED..

Kemudian, untuk membuat Gred pada markah pelajar tadi, langkah-langkahnya ialah highlightkan dulu jadual Markah yang setara dengan Gred..Kemudian, pergi pada bahagian Formula, pilih 'fx' dan pilih 'vlookup'. Kemudian klik OK. Pada bahagian Funtion Argument, pada Lookup ValuePada bahagian FUNTION ARGUMENT, ada LOOKUP-VALUE, klik pada bahagian markah untuk mengisi petak kosong tersebut. Pada TABLE-ARRAY pula, taip GRED, pada COL INDEX NUM, taip 2, manakala pada RANGE-VLOOKUP, taip TRUE..kemudian klik OK..maka, nilai gred akan dipaparkan. Ulangi langkah yang sama untuk mencari nilai gred bagi mata pelajaran yang lain.

Selepas itu, kami perlu mengira bilangan Purata pelajar yang mendapat keputusan ‘A’ , ‘B’, ‘C’, ‘D’, ‘E’, dalam setiap mata pelajaran. Untuk mengira bilangan purata, Pergi pada bahagian Formula, then klik pada INSERT FUNTION dan pilih COUNTIF..kemudian klik OK..kemudian, pada bahagian Funtion Arguments, terdapat Range dan Criteria. Untuk mengisi bahagian RANGE, highlightkan pada bahagian Gred yang telah siap tadi. Manakala pada bahagian CRITERIA pula, taip “A”, dan klik OK. Buat langkah yang sama untuk mencari bilangan purata B,C,D,E..ikuti langkah yang sama, Cuma pada bahagian Criteria, perlu taip B untuk mencari purata B. Begitu juga C,D dan E.

Seterusnya kami perlu membuat Carta Pie tentang purata bilangan gred pelajar mengikut mengikut mata pelajaran. Langkah yang pertama ialah, highlightkan pada bahagian purata pada subjek Bahasa Melayu. Kemudian pergi pada bahagian INSERT dan klik pada PIE, kemudian pilih bentuk Pie yang dikehendaki..kemudian pada bahagian Chart Layout, pilih yang ada peratus. Maka, akan dipaparkan Carta Pie yang mengandungi peratus bagi bilangan gred untuk subjek Bahasa Melayu. Ulangi langkah yang sama untuk subjek yang lain.

Wednesday, August 27, 2008

ReFlEkSi PoWeR PoInT

Tugasan seterusnya yang perlu kami siapkan ialah menyiapkan Power Point yang mempunyai Hyperlink ..Langkah yang pertama ialah buka file Microsof Power Point dan klik pada bahagian View..Kemudian, klik pada Slide Master untuk slide yang pertama..Kemudian, klik Insert, untuk pilih New Title Master untuk slide yang kedua..Kemudian, Klik Close Master View . Kemudian , untuk pilih slide yang seterusnya, klik pada bahagian New Slide..Ok, kemudian kami perlu menyiapkan slide yang mempunyai hyperlik. Untuk membuat ada hyperlink ini, klik pada right klik pada bahagian slide yang untuk Hyperlink, so klik Copy..contohnya, kita perlukan 5 slide untuk hyperlink, so kita perlu copy sebanyak 5 Slide..Kemudian, Boldkan tulisan yang mahu dibuat Hyperlink. Kemudian, pergi pada bahagian Insert dan klik hyperlink. Dalam Hyperlink, klik pada Place In This Document, kemudian pilih slide pertama yang telah dicopy dan klik ok..kemudian, ulang untuk hyperlink yang seterusnya, klik pada insert semula, dan pilih hyperlink dan pilih place in this document..selamt mencuba..

Monday, August 25, 2008

ReFlekSi BOOK FOLD menarik


Tugasan yang perlu kami siapkan ialah buku program atau lebih dikenali dengan BOOK FOLD dengan menggunakan Microsof Word. Langkah pertama ialah open Microsof Word dan pergi kepada Page Layout dan klik bahagian Margin. Kemudian, bawah bahagian Margin, pilih untuk Book Fold..Then, klik OK. So, paparan yang akan keluar ialah format Book Fold yang telah kita tetapkan tadi..Kemudian, mulakanlah tugasan anda untuk menaip mengenai bidang masing-masing didalam buku program tersebut..didalam buku program tersebut mestilah diletakkan nama, no matrik, ada Word Art, Jadual dan Clip Art. Anda boleh menyiapkan buku program anda mengikut kreativiti masing-masing..

Thursday, August 21, 2008

ReFlEkSi bRoCeR cOMel


Kembali dengan tugasan yang baru iaitu membuat Brocer..saya akan terangkan langkah-langkah untuk membuat Brocer dengan menggunakan Microsof Word..Pertamanya, buka Microsof Word. Kemudian pergi kepada Page Layout dan pilih pada bahagian Colum. Dalam bahagian Colum,klik pada Three..kemudian dalam bahagian Page Layout juga, pergi pada bahagian Margins dan klik Narrow..Maka, anda boleh mula menaip untuk membuat brocer tentang bidang masing-masing mengikut rekabentuk dan citarasa anda....SELAMAT MENCUBA..

Thursday, August 14, 2008

MeNCipTa PoNDoK kECiL sAyA...


Kami telah cara membuat Yahoo.group..Ini untuk memudahkan kami untuk menyebarkan maklumat tentang subjek kami dan memudahkan untuk membuat perbincangan. First, buka laman web www.yahoo.com. Di sebelah kiri laman web, klik pada Group. Then, pergi kepada Browse Groups dan tekan Schools & Education. Then, pilih kategori Colleges And Universities dan klik Start A Colleges And Universities Groups. Kemudian, masukkan ID email dan password kita. Kemudian, akan keluar paparan Categorize. Di bahagian Categorize, klik Place My Group Here, manakala bahagian Describe, isikan nama group kita ditempat disediakan di Group Name, Group Email Address dan Describe Your Group. Kemudian, pada bahagian Select Profile, isikan borang yang disediakan mengenai Butiran Diri Anda. Akhirnya, terciptalah yahoo.group milik anda.

FikRAH iSLAMiyyAH

Di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan sedikit tentang Fikrah Islamiyyah kita sebagai seorang Islam.

Sesungguhnya, segala puji hanyalah milik Allah. Kita memujiNya serta memohon pertolongan dan ampunanNya. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan dan keburukan perbuatan kita. Barangsiapa yang dikurniakan petunjuk oleh Allah, tidak ada yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan Nya, tidak ada yang dapat beri petunjuk.Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bhw Nabi Muhammad s.a.w adalah hamba dan rasulNya.
Umat Islam dizaman ini sedang berada ditepi jurang kehancuran. Keadaan ini bukan kerana mereka itu sedikit, tetapi mereka diseluputi oleh kehinaan dan kejahilan. Kehinaan umat Islam dapat dilihat dari tindak tanduk mereka yang menjadi tali barut dan pengikut telunjuk kaum kuffar. Rata-rata diseluruh dunia, umat Islam ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh kaum kuffar. Mereka dizalimi,diperkosa, dibunuh tanpa belas kasihan malah dperlakukan seperti binatang. Umat Islam yang dahulunya digeruni, kini sedang diinjak dan diperbudakkan. Apalagi kejahilan umat Islam kini, mempercepatkan usaha jahat kaum kuffar untuk menanamkan fahaman jahiliyyah ke dalm setiap diri individu umat Islam.
Sebenarnya, punca utama keadaan ini adalah kerana umat Islam telah meninggalkan ajaran Islam yang sebenar. Umat Islam telah lupa Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w bahkan inilah perancangan kaum kafir untuk menjauhkan Islam dari umat Islam. Yang demikian, kehidupan umat Islam telah bertukar corak baik dari segi rupa paras, malah cara berfikir dan bertindak mereka mengikut kehendak musuh Allah.
Sampai bilakah umat Islam akan berada dalam kehinaan ini? Mereka mesti dikejutkan dan dibangkitkan roh Islam mereka bahkan dihidupkan semula diri mereka agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada sahabat-sahabatnya.
Maka, wajiblah kita renung ke dalam diri kita sejauhmanakah pemahaman kita terhadap Islam. Disini, saya kemukakan beberapa persoalan yang mungkin kita tahu dan mungkin tidak tahu. Dan walaupun mungkin kita tahu, mungkin kita belum lagi beramal dengannya:-

1) Apa itu Islam
2) Siapa itu Allah
3) Bagaimana mengenal Allah
4) Apa tujuan Allah mencipta manusia
5) Apa makna menTauhidkan Allah
6)Apakah bukti manusia telah menTauhidkan Allah
7)Bagaimana manusia mengetahui kehendak Allah terhadapnya
8) Apakah dia Al-Quan
9) Siapakh yang melaksanakan Al-Quran
10)Siapakah Rasulullah)
11) Bagaiman bukti manusia mahu mengikut Rasulullah
12)Apa makna Muhammad itu Rasulullah
13)Apa itu Sunnah
14) Apakah hubungan LAILAHA ILLA ALLAH dengan MUHAMMAD RASULULLAH.

Maka, saya berharap sahabat-sahabat sekalian dapat membuat renungan dan ambil tidakan atas kesilapan kita..wsalam..

Monday, August 11, 2008

Mari Membuat BLOG dengan BLOGGER

Pada minggu ketiga Pn Sakinah mengajar kami bagaimana mencipta blog..blog adalah sebuah laman web yang mudah digunakan untuk memaparkan pndpt, berinteraksi dengan orang lain, meletakkan gambar dan banyak lg...so,jgn lepaskn peluang ini.saya akan ceritakan langkah-langkah yang diajar oleh Pn untk membuat blog.First, pergi ke laman web blogger.com. Then, klik pada Create Your Own Blog Now. Kemudian, akan dipaparkan borang yang perlu diisi..so, masukkan nama, kata laluan, nama paparan, dan alamat email ke dalam borang yang disediakan.Seterusnya, tanda pada I accept the Terms of Service n klik Continue.Then, isi tajuk blog n nama alamat blog mengikut citarasa masing-masing..alamat URL ini akan digunakn untk paparan orang lain. Then isi pula Word Verification n klik continue..Kini, kita pula perlu pilih rupa blog dengan memilih templat yang disediakan oleh blogger.com. Pilih satu n klik Continue.So, sekiranya blog kita telah berjaya dicipta, skrin akan paparkan 'Your blog has been created'..tapi, blog kita masih kosong dan perlu diisi. So, klik Start Posting. Pada ruangan setting pula,kita boleh ubah sebarang tetapn pada laman blog. Itu terserah pada citarasa kita sendiri. Kembali kpd posting dan sekarang isi ruang Title dan kandungan blog pada bahagian bawah skrin itu.Then, bahagian title isikan tajuk yang kita mahu n tulislah apa-apa saja yang kita mahu. Setelah itu,klik pada Publish Post. Ini perlu dilakukan setiap kali untuk memasukkan kandungan baru ke dalm blog kita. Setelah blog kita diterbitkan, skrin akan memaparkan 'Your blog publised succesfully'. Klik pada Repuslish Entire Blog untuk memastikan segala kandungan blog diterbitkan. So, untuk melihat hasil blog kita, klik pada view Blog..Maka. siaplah blog yang diinginkan..terserahlah pada diri sendiri untuk menghias blog mengikut citarasa anda..k, good luck.

Wednesday, August 6, 2008

asssalamualaiiikum sahabat..

em..nampaknya kena buat baliklah,sebab maklumat tak lengkap..ok,saya akan imbas kembali apa yang saya belajar pada minggu pertama..first: kami sume kena ada email masing-masing. then, kami kena pilih salah seorang kawan untuk berbalas email. saya telah memilih nurul badri sebagai partner saya. saya telah send email kat nurul yang bertajuk 'salam ukhwah' .ok, kalau nak send email, first,klik kat new,pastu taiplah email kwn saya kat 'To', manakala kat 'cc' plak taiplah email saya. kat subject tu, saya tulis 'salam ukhwah', patu kena tulis nama penuh, no matik dan fakulti apa.n then klik 'send'. So, nurul akan terima email saya dan akan reply dengan menulis nama penuh dia, no matrik dan fakulti n klik 'send'. so, saya akan terima email dia, pastu saya kena forward email yang kami berbalas tadi kat Puan SAKINAH. ok, kalau nak forward email, email yang kawan saya reply tadi tu, saya klik kat forward n send kat Puan Sakinah. Selepas tu, saya kena buat attachment kat Puan Sakinah. So, kalau nak buat attach, first, klik kat 'new'. Bahagian 'To', saya taip email Puan Sakinah n 'cc' plak email saya..then, klik attach,pastu ada keluar gambar. so, saya telah memilih satu gambar n klik open. saya juga mesti tulis nama penuh, no matrik dan fakulti.then, klik 'send'..So, Puan Sakinah akan terima attachment saya...tu lah sedikit sebanyak yang saya pelajari pada minggu pertama..banyak perkara yang nak kena ingat..apapun, saya akan berusaha lagi..

salam ukhwah fillah..

ok..minggu pertama kita belajar tentang email kan...macam mana nak send email, post email, forward, attachment...ramainya dapat kawan baru....lepas ni, rajin-rajinlah send email kat saya..boleh share macam-macam ilmu.saya ni suka sangat nk share ilmu dengan sesiapa saja...k,selamat berjuang untuk masa akan datang.

Wednesday, July 30, 2008

salam ukhwah

salam...selamat berkenalan di alam baru. bersama-samalah kita mencipta impian untuk berjaya