Thursday, August 14, 2008

FikRAH iSLAMiyyAH

Di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan sedikit tentang Fikrah Islamiyyah kita sebagai seorang Islam.

Sesungguhnya, segala puji hanyalah milik Allah. Kita memujiNya serta memohon pertolongan dan ampunanNya. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan dan keburukan perbuatan kita. Barangsiapa yang dikurniakan petunjuk oleh Allah, tidak ada yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan Nya, tidak ada yang dapat beri petunjuk.Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bhw Nabi Muhammad s.a.w adalah hamba dan rasulNya.
Umat Islam dizaman ini sedang berada ditepi jurang kehancuran. Keadaan ini bukan kerana mereka itu sedikit, tetapi mereka diseluputi oleh kehinaan dan kejahilan. Kehinaan umat Islam dapat dilihat dari tindak tanduk mereka yang menjadi tali barut dan pengikut telunjuk kaum kuffar. Rata-rata diseluruh dunia, umat Islam ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh kaum kuffar. Mereka dizalimi,diperkosa, dibunuh tanpa belas kasihan malah dperlakukan seperti binatang. Umat Islam yang dahulunya digeruni, kini sedang diinjak dan diperbudakkan. Apalagi kejahilan umat Islam kini, mempercepatkan usaha jahat kaum kuffar untuk menanamkan fahaman jahiliyyah ke dalm setiap diri individu umat Islam.
Sebenarnya, punca utama keadaan ini adalah kerana umat Islam telah meninggalkan ajaran Islam yang sebenar. Umat Islam telah lupa Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w bahkan inilah perancangan kaum kafir untuk menjauhkan Islam dari umat Islam. Yang demikian, kehidupan umat Islam telah bertukar corak baik dari segi rupa paras, malah cara berfikir dan bertindak mereka mengikut kehendak musuh Allah.
Sampai bilakah umat Islam akan berada dalam kehinaan ini? Mereka mesti dikejutkan dan dibangkitkan roh Islam mereka bahkan dihidupkan semula diri mereka agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada sahabat-sahabatnya.
Maka, wajiblah kita renung ke dalam diri kita sejauhmanakah pemahaman kita terhadap Islam. Disini, saya kemukakan beberapa persoalan yang mungkin kita tahu dan mungkin tidak tahu. Dan walaupun mungkin kita tahu, mungkin kita belum lagi beramal dengannya:-

1) Apa itu Islam
2) Siapa itu Allah
3) Bagaimana mengenal Allah
4) Apa tujuan Allah mencipta manusia
5) Apa makna menTauhidkan Allah
6)Apakah bukti manusia telah menTauhidkan Allah
7)Bagaimana manusia mengetahui kehendak Allah terhadapnya
8) Apakah dia Al-Quan
9) Siapakh yang melaksanakan Al-Quran
10)Siapakah Rasulullah)
11) Bagaiman bukti manusia mahu mengikut Rasulullah
12)Apa makna Muhammad itu Rasulullah
13)Apa itu Sunnah
14) Apakah hubungan LAILAHA ILLA ALLAH dengan MUHAMMAD RASULULLAH.

Maka, saya berharap sahabat-sahabat sekalian dapat membuat renungan dan ambil tidakan atas kesilapan kita..wsalam..

No comments: