Tuesday, November 29, 2011

KUNCI KEJAYAAN DLM MENCARI KEBAHAGIAAN


Kehidupan ini terlalu singkat untuk kita terlalu menumpukan kepentingan diri dan terlalu sibuk mengikut kecenderungan hawa nafsu. Hidup ini juga terlalu singkat untuk kita menjalaninya demi meraih keuntungan yang sementara dan demi memuaskan nafsu yang tercela.
Jadikanlah hidup ini kerana Allah, nescaya kamu akan dapati hidup ini terlalu indah. Jadikan segala yang kamu lakukan dalam kehidupan adalah kerana Tuhan, nescaya kamu akan merasai hidup ini hanyalah suatu perjalanan menuju sebuah kehidupan yang lebih membahagiakan.
Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekelilingmu. Apa yang kamu ingin lakukan kamu akan ukur redha manusia atau kebencian mereka, Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh pendustaan.
Setinggi mana usaha kamu untuk membuatkan seluruh manusia redha kepadamu, nescaya pasti ada yang tidak berpuas hati dengan segala tindakanmu. Kamu tidak akan dapat membuat seluruh manusia berpuas hati dengnmu. Bahkan, tujuan hidupmu bukan untuk itu. Manusia tidak pernah menentukan tempat kesudahanmu di akhirat kelak.
Jalanilah kehidupan ini kerana Allah. itulah tujuan kamu dihidupkan di bumi ini. Lakukanlah apa yang kamu lakukan dalam kehidupam kerana Allah. Jadikanlah ukuran hidupmu hanya redha Allah. Tumpukanlah perhatianmu terhadap pandangan dan radha Allah. Oleh yang demikian, hatimu mudah terarah dalam menjalani kehidupan ini.

Peringatan buat diriku dan dirimu....

No comments: