Tuesday, November 15, 2011

MENYINGKAP TABIR BAHAGIA....

Kehidupan ini ibarat suatu perjalanan. Ia bermula tanpa pernah dipinta dan ianya berakhir dengan tanpa diduga. Siapa sahaja yang hidup, pasti akan menemui kematian. Ini menunjukkan kepada kita bahawanya, kehidupan ini sememangnya suatu perjalanan yang ada permulaan baginya dan akan berakhir jua suatu hari nanti.
Namun disebalik sebuah perjalanan yang bernama kehidupan ini, ada sebuah pengertian yang perlu dihayati dan sebuah matlamat hakiki yang perlu dilaksanakan. Seseorang yang hidup tanpa mengenal erti kehidupan yang sebenar dan menjalani kehidupan tanpa melaksanakan matlamat hakiki kehidupannya, dan lebih malang lagi, dia akan menanggung penyesalan yang kekal setelah kematiannya.
Orang yang hidup tanpa memahami hakikat sebenar kehidupannya, pasti akan terseksa dalam menanggung onak dan duri dalam kehidupan ini dan jiwanya pasti akan merasa kekosongan. Dia hidup dalam sebuah kehidupan yang penuh kepalsuan dan kesamaran, serta dia akan mati dalam sebuah kematian yang penuh dengan penyesalan.
Para pujangga membuat perumpamaan, dimana seseorang yang hidup tanpa tujuan bagaikan seseorang yang singgah di sebuah lapangan terbang lalu duduk di sana tanpa sebarang tujuan, sekadar melihat orang-orang yang sibuk menguruskan urusan penerbangan mereka.
Justeru, orang-orang yang melihatnya, yang sedang sibuk menguruskan penerbangan mereka, sememangnya singgah ke lapangan terbang dengan penuh harapan dan makna kerana mempunyai tujuan, pasti akan rasa kekosongan, kesunyian dan kerugian, walaupun di tengah-tengah kesibukan manusia.
Dalam hidup ini, matlamat hidup merupakan suatu intipati yang amat penting. Seseorang yang hidup tanpa tujuan, bukan sahaja akan merasa kekosongan dan kesamaran bahkan terus merasa rugi dengan usia dirinya sendiri. Demi sesebuah kehidupan yang bahagia, seseorang perlu mempunyai sebuah matlmat di sebalik kehidupannya, agar dia tahu apa yang dia perlu lakukan dalam hidup ini dan tidak mati dalam keadaaan yang sia-sia.

Peringatan buat diriku, dirimu dan dirinya.....

No comments: